Profile Picture

Khuzairul Kamarudin

Sarjana Muda - Occupational Safety & Health

Universiti Kuala Lumpur - Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) (Ongoing Study)

Gemencheh, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
1. Apakah nama panggilan mesra anda?
Khuzairul

2. Berapa lama pengalaman mengajar anda jika ada?
Pengalaman tidak formal mengajar adik-beradik dan rakan dalam Matematik, membaca Bahasa Melayu, serta subjek berkaitan seni bina dan keselamatan pekerjaan.

3. Adakah anda mengajar di sekolah rendah, sekolah menengah, atau kedua-duanya?
Saya tidak mengajar di mana-mana sekolah, namun saya mengajar pelajar mengikut tahap mereka dari tadika hingga sekolah menengah bergantung kepada subjek yang diajar.

4. Apakah subjek-subjek utama yang anda ajar?
• Matematik sekolah rendah
• Membaca & Bahasa Melayu (Tadika – Darjah 6)
• Asas Lukisan Kejuruteraan / Architecture
• Psikologi asas berkaitan faktor manusia & keselamatan

5. Apakah subjek-subjek tambahan yang anda ajar?
• Construction Drawing
• Building Information Modelling (BIM) asas
• Forensic in Construction Stage (konsep & bimbingan tugasan)

6. Apakah kemahiran khusus yang anda miliki?
• Penggunaan SketchUp, Autodesk Revit & AutoCAD
• Kemahiran melukis pelan & model 3D asas
• Pengetahuan dalam faktor manusia, psikologi pekerjaan & ergonomik
• Kemahiran mengajar secara visual, jelas, dan terstruktur

7. Kejayaan terbaik yang pernah anda capai?
• Best Presenter Projek Tahun Akhir Diploma (tesis & reka bentuk projek sepenuhnya hasil sendiri)
• Dean’s List Achiever Semester 1 dan 2 semasa Degree OSH
• Menjadi rujukan rakan dalam subjek seni bina & keselamatan pekerjaan
Teaching Method(s)
1. Apakah teknik-teknik menarik yang anda terapkan dalam pembelajaran?
• Penjelasan langkah demi langkah supaya pelajar mudah mengikuti.
• Penggunaan visual seperti lakaran, contoh situasi, dan model asas.
• Aktiviti interaktif seperti latihan ringkas dan kuiz pendek.
• Pendekatan belajar mengikut gaya pelajar (visual, hands-on, atau auditori).

2. Apakah pendekatan yang anda gunakan untuk memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar?
• Memecahkan topik sukar kepada konsep kecil yang mudah difahami.
• Memberi contoh dari kehidupan harian untuk membantu pelajar kaitkan konsep.
• Mengulangi latihan secara berperingkat mengikut tahap pelajar.
• Menyoal balik pelajar secara lembut untuk memastikan mereka benar-benar faham.
• Memberikan ringkasan nota yang padat dan jelas.

3. Apakah teknik yang diajar untuk pelajar dapat skor dengan baik?
• Mengajar teknik menjawab soalan secara sistematik.
• Fokus kepada topik penting dan soalan yang sering keluar.
• Latihan mengurus masa ketika menjawab peperiksaan.
• Ulang kaji berstruktur menggunakan latihan tambahan.
• Menekankan pemahaman konsep sebelum hafalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Lukisan Kejuruteraan
Dewasa
Seni Bina
Tingkatan 5
Architecture
Dewasa Tingkatan 5
Psikologi dan Kaunseling
Dewasa