Profile Picture

Siti Nurhusna *******

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM (Graduated)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Una. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama setahun dalam kelas fizikal dan juga dalam kelas dalam talian. Saya berpengalaman mengajar pelajar tadika dan taska. Subjek utama saya ialah Bahasa melayu, matematik, seni dan muzik. Selain itu, saya juga mampu mengajar sains asas dan bahasa inggeris. Saya mahir merancang modul pembelajaran berstruktur, menyediakan bahan latihan yang sesuai dengan tahap pelajar dan menggunakan teknik pembelajaran interaktif bagi memastikan pelajar kekal fokus. Antara kejayaan terbaik saya ialah membantu ramai pelajar yang pada awalnya lemah untuk meningkatkan prestasi mereka sehingga berjaya membaca dan menulis.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pembelajaran berasaskan belajar sambil bermain, latihan berperingkat, membuat latihan kuiz online dan juga penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif untuk memudahkan pemahaman pelajar. Saya juga akan memecahkan topik kepada bahagian kecil, memberikan latihan berperingkat dan sentiasa memastikan pelajar faham setiap konsep sebelum bergerak ke bahagian seterusnya. Saya juga sentiasa terbuka untuk soalan dan menyediakan penerangan alternatif jika pelajar masih keliru. Saya juga mengajar teknik menjawab soalan, cara mengenal pasti kata kunci, strategi mengurus masa semasa pembelajaran serta kaedah mengulang kaji yang lebih efektif.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf
Tadika
Matematik
Tadika Darjah 1
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1
Prasekolah - 3M
Tadika