Profile Picture

Muhammad Ikhwan *******

Degree (Non Education Faculty) - BAHASA MELAYU

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. (Graduated)

Tangkak, Johor

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Muhammad Ikhwan bin Rozi. Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Ikhwan. Saya mempunyai pengalaman mengajar melalui Praktikum 1 pada tahun 2023 dan Praktikum 2 pada tahun 2025. Saya mengajar di sekolah rendah dan terlibat secara langsung dalam pengajaran beberapa subjek, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains serta kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Sepanjang tempoh pengajian dan latihan mengajar, saya telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan. Antaranya ialah Anugerah Praktikum Cemerlang bagi Praktikum 1 dan Praktikum 2, serta Anugerah Praktikum Terbaik Jabatan Pengajian Melayu. Selain itu, saya juga berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester dan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik di kampus. Kejayaan-kejayaan ini menjadi pendorong kepada saya untuk terus komited dan berusaha meningkatkan kualiti pengajaran demi kecemerlangan murid dan profesion keguruan. Kini, saya bergelar seorang guru di sekolah rendah.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai teknik menarik seperti aktiviti berpusatkan murid, permainan bahasa, perbincangan kumpulan serta penggunaan bahan bantu mengajar interaktif digunakan bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid. Bagi memastikan murid memahami ilmu yang diajar, pendekatan pengajaran secara berperingkat diterapkan dengan mengaitkan isi pelajaran kepada pengalaman sedia ada murid, disertai penjelasan yang jelas, contoh yang sesuai serta pentaksiran formatif berterusan. Sebagai contohnya, saya menggunakan aplikasi Quizizz, Kahoot, Wordwall dan lain-lain bagi menguji tahap kefahaman murid setelah tamat sesi pembelajaran. Saya juga akan memberikan penekanan kepada murid terhadap penguasaan konsep, latihan berfokus, teknik menjawab soalan yang betul, serta pengurusan masa dan motivasi kendiri untuk membantu murid memperoleh skor yang baik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Membaca B. Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Dewasa Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Sejarah
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2
Prasekolah - 3M
Tadika
Menulis
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Dewasa Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3