Profile Picture

Nurain Azyati *******

Sarjana Muda - PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS & BAHASA MELAYU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Seremban, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pendidikan, dengan pengkhususan dalam Pendidikan Khas dan Bahasa Melayu, dan lebih mesra dipanggil Ayin. Saya mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan praasekolah, selain pendedahan meluas terhadap murid berkeperluan khas melalui pengajian dan latihan praktikum. Saya juga merupakan pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat STPM, yang mengukuhkan minat dan kemahiran saya dalam pengajaran bahasa. Sepanjang pengalaman mengajar, saya mengendalikan subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik Asas, Bahasa Inggeris, serta aktiviti pengurusan tingkah laku dan sosioemosi murid Pendidikan Khas. Selain itu, saya memiliki kemahiran dalam merancang ABM pelbagai, mengurus tingkah laku murid, berkomunikasi berkesan dengan murid yang mempunyai pelbagai keperluan, serta menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP). Antara kejayaan terbaik saya ialah membantu murid yang mempunyai cabaran tingkah laku untuk menunjukkan peningkatan ketara sehingga lebih fokus dan mampu menyiapkan tugasan sendiri selepas pelaksanaan intervensi secara konsisten.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya menerapkan teknik menarik seperti permainan pendidikan, aktiviti hands-on, penggunaan ABM kreatif serta rutin visual yang sesuai untuk murid Pendidikan Khas. Untuk memastikan murid memahami isi pelajaran, saya menggunakan pendekatan pengajaran berbeza mengikut tahap mereka, memberikan penjelasan langkah demi langkah, contoh konkrit, serta penilaian formatif bagi memantau kefahaman secara berterusan. Selain itu, saya turut mengajar teknik belajar berkesan seperti membuat nota ringkas, peta minda, latihan soalan terdahulu, teknik menjawab mengikut format, serta penyediaan jadual ulang kaji bagi membantu pelajar mencapai skor yang lebih baik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Menulis
Tadika Darjah 1 Darjah 2