Profile Picture

Fatin Aina *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. (Ongoing Study)

Machang, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

Motivation In Education

Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai, saya Fatin Aina binti Azhar, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fatin. Sepanjang pengajian saya di Institut Pendidikan Guru (IPG), saya telah terlibat secara aktif dalam pelbagai program akademik dan kokurikulum yang telah memperkukuh pengalaman serta kompetensi saya sebagai seorang pendidik. Penglibatan ini bukan sahaja memberi peluang untuk mempraktikkan pedagogi berkesan, malah turut membentuk keyakinan serta profesionalisme saya dalam dunia pendidikan.

Saya juga baru sahaja menamatkan latihan praktikum dan telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang Praktikum IPG, satu pengiktirafan yang menjadi motivasi besar buat saya untuk terus meningkatkan mutu pengajaran. Sepanjang tempoh latihan, saya telah beberapa kali dinilai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, sekali gus memberi saya pengalaman luas dalam memperbaiki amalan PdP secara berterusan melalui sesi pencerapan dan maklum balas profesional.

Di samping itu, saya turut mempunyai pengalaman mengajar murid secara tuisyen dalam talian dan bersemuka, termasuk anak pensyarah dan anak kenalan ayah saya. Pengalaman ini membolehkan saya menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut tahap penguasaan dan gaya pembelajaran murid yang berbeza.

Saya juga berpengalaman menjalankan microteaching untuk pelbagai mata pelajaran dan pernah menerima Anugerah Timbalan Pengarah IPG atas penglibatan dan pencapaian cemerlang sepanjang pengajian. Selain itu, saya turut terlibat dalam proses pentaksiran formatif dan sumatif, termasuk menaksir murid bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Dengan gabungan pengalaman praktikum, pencerapan profesional, tuisyen, microteaching dan penglibatan aktif dalam tugasan akademik, saya sentiasa berusaha mengamalkan kaedah didik hibur, mengintegrasikan pelbagai inovasi digital hasil ciptaan saya sendiri, serta memastikan PdP berlangsung secara bermakna, interaktif, dan inklusif untuk semua murid.
Teaching Method(s)
Saya juga lebih menggemari penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kerana pendekatan ini terbukti dapat meningkatkan penglibatan murid, merangsang motivasi, serta menjadikan proses PdP lebih bermakna dan menyeronokkan. Melalui pendekatan ini, saya dapat membina suasana pembelajaran yang positif dan inklusif, selaras dengan keperluan perkembangan murid sekolah rendah.

Selain itu, saya turut menghasilkan pelbagai inovasi digital ciptaan saya sendiri bagi menyokong pembelajaran abad ke-21. Inovasi-inovasi ini telah saya bentangkan dalam sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan menerima maklum balas positif kerana berpotensi tinggi untuk diaplikasikan dalam pengajaran sebenar di bilik darjah. Setiap inovasi tersebut dibangunkan bagi memenuhi keperluan murid secara kreatif, interaktif, dan mesra pengguna, sekali gus menyokong integrasi teknologi dalam PdP dengan lebih berkesan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Darjah 5 Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Pendidikan Moral
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6