Profile Picture

Selamat Bin *******

Sarjana Muda - SARJANA MUDA PERAKAUNAN

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah SJ. Saya mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada satu tahun dan sepanjang tempoh tersebut, saya banyak membantu pelajar memahami pelajaran dengan cara yang lebih mudah dan tersusun. Saya mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan sentiasa menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap dan keperluan setiap pelajar.

Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik dan Prinsip Perakaunan, dengan fokus untuk memastikan pelajar benar-benar faham konsep asas sebelum bergerak ke topik yang lebih mencabar. Selain itu, saya juga mengajar Bahasa Melayu, terutamanya dalam membantu pelajar memahami kehendak soalan dan menjawab dengan lebih jelas.

Dari segi kemahiran, saya berpengalaman dalam menyediakan laporan perakaunan yang lengkap serta membangunkan sistem perakaunan yang praktikal dan mudah digunakan. Pengalaman sebenar ini membantu saya mengajar Prinsip Perakaunan secara lebih realistik dan relevan dengan dunia sebenar, bukan sekadar berdasarkan buku teks.

Antara kejayaan terbaik saya ialah berjaya membangunkan sistem perakaunan sendiri menggunakan Microsoft Excel yang digunakan oleh pemilik perniagaan. Pencapaian ini membuktikan keupayaan saya mengaplikasikan ilmu kepada situasi sebenar, dan pada masa yang sama memberi nilai tambah kepada pelajar untuk lebih yakin dan faham apa yang mereka pelajari.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya menggunakan konsep yang dipermudahkan serta contoh situasi harian dan case study terkini supaya pelajar lebih mudah memahami dengan lebih jelas subjek yang di pelajari. Pendekatan ini membantu pelajar melihat pelajaran sesuatu yang logik dan boleh difahami, bukan sekadar subjek yang perlu dihafal.

Bagi memastikan pelajar benar-benar menguasai ilmu yang diajar, setiap topik akan dipelajari secara berperingkat dan terus dipraktikkan melalui latihan serta soalan. Pelajar akan di bimbing sehingga mereka faham sebelum beralih ke topik seterusnya, di samping soalan digunakan untuk menguji dan mengukuhkan tahap kefahaman mereka.

Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya menekankan kaedah Belajar, Faham dan Praktis secara konsisten. Apabila pelajar benar-benar faham konsep dan biasa mempraktikkannya, mereka bukan sahaja lebih yakin ketika menjawab soalan peperiksaan, malah mampu menjawab dengan lebih tepat dan tersusun.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5