Profile Picture

Nur Zulaikha *******

Degree (Non Education Faculty) - Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) Dengan Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan Hai Semua ๐Ÿ‘‹๐Ÿป๐Ÿ˜Š Saya Cikgu Zu. Sebagai seorang guru pelatih yang pernah berkhidmat di SMK Taman Desaminium dan SMK Taman Seraya, misi saya adalah untuk menjadikan subjek Matematik yang menyeronokkan buat pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Saya percaya bahawa setiap pelajar mampu cemerlang dengan bimbingan yang betul.

Kenapa pilih Cikgu Zu?

1. Pencapaian Akademik: Pemegang Ijazah Kelas Pertama semasa melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda.
2. Integrasi Teknologi: Mahir menggunakan alat bantuan mengajar digital untuk sesi pembelajaran yang lebih interaktif.
3. Komunikasi Berkesan: Mampu menerangkan topik Matematik dengan gaya yang santai namun padat.
4. Sabar & Komited: Fokus kepada perkembangan potensi individu setiap pelajar.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran masing-masing. Oleh itu, pendekatan saya menggabungkan teknik visual dan praktikal bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran. Sebelum beralih ke soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), saya akan terlebih dahulu mengenal pasti jurang kelemahan pelajar terhadap sesuatu topik. Saya mengamalkan teknik memecahkan topik-topik yang besar dan sukar kepada bahagian-bahagian kecil yang lebih ringkas supaya pelajar dapat menguasainya secara step-by-step tanpa rasa terbeban. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, saya menerapkan elemen interaktif dan penglibatan aktif iaitu saya menggunakan platform digital seperti Quizizz dan Wordwall terutamanya dalam subjek Matematik untuk menukar latihan angka yang mencabar kepada aktiviti yang lebih dinamik dan tidak membosankan. Akhir sekali, melalui latih tubi berfokus, murid akan menjadi lebih mahir dalam menguasai format peperiksaan serta teknik menjawab soalan dengan tepat dan pantas.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3