Profile Picture

Madiha Farhani

Sarjana Muda - Major: Reka Bentuk dan Teknologi & Minor: Pendidikan Muzik

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Institut Perguruan

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra ialah Farhani atau Hani. Saya masih belum mempunyai pengalaman mengajar sacara langsung kecuali waktu praktikum sahaja, namun saya baru sahaja mula berkhidmat sebagai guru baharu pada 17 November 2025 yang lalu di SK Seksyen Enam, Shah Alam. Antara kejayaan terbaik yang pernah dicapai ialah memperoleh anugerah dekan 3 tahun berturut-turut dan berjaya menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kelas kedua atas di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Pada tahun 2019 pula mendapat anugerah pelajar terbaik SPM dengan keputusan 9A 3B manakala tahun 2018, memperoleh Sijil Huffaz 30 Juzuk Al Quran di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya sering digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ialah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang menekankan elemen kolaboratif, komunikasi dan kreativiti. Melalui pendekatan ini, murid digalakkan untuk bertanya, berkongsi idea serta terlibat secara aktif dalam perbincangan kelas.
Selain itu, penerapan pembelajaran masteri dimana murid dibimbing sehingga benar-benar menguasai sesuatu kemahiran atau topik sebelum beralih ke tajuk seterusnya. Aktiviti pembelajaran berkumpulan turut digunakan bagi memupuk kerjasama, kepimpinan dan tanggungjawab dalam diri murid. Saya juga melaksanakan pembelajaran berasaskan projek bagi memberi peluang kepada murid menghasilkan produk atau tugasan yang berkait dengan situasi dunia sebenar.
Akhir sekali, selain lembaran kerja, saya juga menyediakan kuiz interaktif secara maya sebagai kaedah pentaksiran yang menarik dalam bilik darjah. Saya turut memanfaatkan bahan bantu mengajar digital dan bahan maujud seperti slaid, video, replika dan model bagi mewujudkan pembelajaran bermakna kepada murid.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5
Hifz Al-Quran
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6