Profile Picture

Syafa

Sarjana Muda - Bachelor of Accounting with Honours

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kuantan, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan Syafa. Pengalaman mengajar secara tidak formal bermula sejak di bangku sekolah bantu kawan-kawan yang mengalami kesukaran sehingga ingin berputus asa dalam subjek Matematik. Mengajar anak saudara selama kurang 3 bulan yang sering dapat gred gagal dalam subjek Matematik dan hampir berputus asa sehingga dapat capai gred lulus (C) dalam SPM 2021. Terkini, saya menerapkan ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan sekerja di pejabat terutamanya bagi pengiraan yang kompleks sehingga mudah difahami. Alhamdulillah.
Teaching Method(s)
Teknik menarik yang digunapakai adalah dalam memahami sesuatu perkara saya lebih cenderung berfikir menggunakan logik akal dan bukannya bergantung atau menghafal formula mahupun jalan kerja semata-mata. Kerana bagi saya, walaupun secara umum subjek Matematik adalah subjek yang straightforward (jawapan perlu tepat) tetapi cara pemikiran kita perlu lebih fleksibel, kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan/soalan. Dalam mengajar, saya berminat untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang ditetapkan agar pelajar tidak mudah hilang fokus atau bosan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6