Profile Picture

Nur Amanina *******

Degree (Non Education Faculty) - IPG PISMP Pendidikan Awal Kanak - Kanak

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Putrajaya, WP Putrajaya

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan CGPA terkini 3.78. Sebelum melanjutkan pengajian, saya telah berkhidmat sebagai pembantu guru di Taska JPN dan sebagai guru tadika untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun di Brilliant Bee Care Centre. Pengalaman ini telah memperkukuh kemahiran saya dalam pengurusan kelas, komunikasi dengan anak-anak, serta pelaksanaan aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna. Saya seorang yang penyabar, kreatif, dan komited dalam memastikan setiap anak mendapat peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran secara online, saya gemar menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Alat Bantu Mengajar (ABM) digital seperti gambar interaktif, video pembelajaran, kuiz atas talian, dan permainan pendidikan untuk menarik minat murid. Saya juga menggunakan platform seperti Google Meet dan Canva untuk menyampaikan pembelajaran secara visual dan menyeronokkan. Kaedah saya berfokus kepada pendekatan bermain sambil belajar, aktiviti berasaskan projek, serta penyesuaian aktiviti mengikut tahap perkembangan dan keperluan individu murid. Saya percaya bahawa pembelajaran dalam talian boleh menjadi menyeronokkan dan berkesan jika dirancang dengan teliti dan penuh kasih sayang.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2