Profile Picture

Fatimah Marwa *******

Degree (Non Education Faculty) - Bachelor Sains Biokimia dengan Kepujian

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Fatimah Marwa, boleh panggil saya Wawa, dan saya merupakan seorang tutor sambilan dengan pengalaman mengajar selama 4 tahun. Sepanjang tempoh pengajian ijazah, saya aktif mengajar secara sambilan dan berpengalaman mengendalikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek utama yang saya ajarkan ialah Sains, Biologi dan Kimia. Dari segi kelayakan, saya merupakan seorang Ahli Kimia Bertauliah (Accredited Chemist – ChM). Latar belakang akademik saya yang kukuh membantu saya menyampaikan subjek-subjek sains dengan lebih jelas, tepat dan berstruktur. Antara pencapaian akademik terbaik saya ialah bergraduat dengan Ijazah Kelas Pertama, menerima Anugerah Dekan setiap semester, serta dianugerahkan Anugerah Khas Universiti iaitu Hadiah Syed Kechik seawal tahun pertama pengajian ijazah. InshaAllah, saya harap saya dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kefahaman, keyakinan dan prestasi akademik mereka dalam suasana pembelajaran yang positif dan efektif.
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan pelbagai teknik pembelajaran berasaskan sains kognitif bagi membantu pelajar memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih berkesan, antaranya:
Active Recall – Pelajar digalakkan menguji diri sendiri secara kerap melalui menutup nota dan cuba mengingat semula isi penting
Spaced Repetition – Ulangan dibuat secara berperingkat contohnya selepas 1 minggu bagi mengelakkan pelajar mudah lupa
Elaborative Encoding (Feynman Technique) – pelajar dilatih menerangkan semula konsep menggunakan bahasa sendiri
Visualisasi & Mind Mapping – Penggunaan rajah, carta, peta minda dan warna untuk membantu pelajar melihat hubungan antara konsep
Mnemonics – Penggunaan akronim dan ayat kreatif untuk membantu pelajar menghafal fakta, istilah dan urutan proses dengan lebih mudah; dan
Dual Coding – Menggabungkan penerangan lisan dengan bahan visual bagi memperkukuhkan kefahaman dan ingatan pelajar.

Selain itu, teknik menjawab soalan peperiksaan mengikut skema pemarkahan dan latihan KBAT juga dititikberatkan. Saya sangat mementingkan pemahaman konsep asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lebih kompleks. Pengajaran dilakukan secara berperingkat, santai dan disesuaikan dengan tahap serta gaya pembelajaran setiap pelajar. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan peranan saya adalah membantu mereka belajar dengan cara yang paling sesuai dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Kimia DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Sains DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Biologi DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda