Profile Picture

Aqilah Idros

Degree (Education Faculty) - Sains Komputer

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Kuala Kangsar, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nurul Aqilah binti Mohd Idros, boleh panggil saya Cikgu Aqilah or Miss Aqilah. Saya merupakan anak jati Kuala Kangsar yang berusia 26 tahun. Saya merupakan graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pendidikan, dengan pengkhususan major dalam Teknologi Maklumat (IT) dan minor dalam Bahasa Melayu. Saya juga mempunyai Diploma dalam bidang IT. Sebagai seorang pendidik muda, saya sangat bersemangat untuk berkongsi ilmu dan membina suasana pembelajaran yang kondusif. Pencapaian terbaik saya setakat ini adalah berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan keputusan yang cemerlang iaitu dengan memperolehi CGPA 3.63. Saya juga pernah meraih Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Dekan Pusat Pengajian. Selain dalam bidang Kurikulum, saya juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum serta kepimpinan semasa di Univerisiti.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran saya, saya menekankan teknik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang interaktif dan menyeronokkan. Memandangkan latar belakang saya dalam bidang IT, saya sering mengintegrasikan alatan digital seperti Gamifikasi (Quizizz & Kahoot) dan penggunaan multimedia yang menarik untuk memastikan pelajar tidak bosan. Bagi subjek Bahasa Melayu pula, saya menggunakan kaedah peta pemikiran (i-Think) dan teknik penceritaan supaya pelajar lebih mudah memahami tatabahasa serta penulisan kreatif. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai tahap penerimaan yang berbeza, jadi saya sentiasa menyesuaikan teknik pengajaran mengikut keperluan individu agar mereka lebih yakin dan berminat untuk belajar
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Tadika
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6