Profile Picture

Nur Hadhirah *******

Diploma (Education Faculty) - POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Sandakan, Sabah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum, saya Cikgu Dhira. Saya merupakan guru pelatih DPLI OUM yang berpengalaman dalam subjek Matematik Tahap 2. Saya pakar dalam teknik pengiraan pantas dan komited membantu murid memahami konsep Matematik mengikut silibus terkini (KSSR/KSSM) dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Matlamat saya adalah untuk memastikan murid bukan sahaja mahir mengira, malah yakin menghadapi pentaksiran seperti UASA dan PBD. Matlamat saya adalah untuk menukar persepsi "Matematik itu susah" kepada "Matematik itu menyeronokkan". Saya komited untuk membimbing murid sehingga mereka yakin dan mahir dalam setiap topik pengiraan.
Teaching Method(s)
Pakar Silibus Terkini: Saya sangat mahir dengan format PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan UASA, serta fokus membantu murid mencapai Tahap Penguasaan (TP) yang tinggi.
Matematik Realiti: Saya mengaitkan konsep Matematik dengan situasi harian supaya murid nampak kepentingan subjek ini dalam kehidupan sebenar.
Pembelajaran Interaktif: Menggunakan alat bantuan mengajar digital (seperti kuiz interaktif) untuk memastikan murid sentiasa teruja dan tidak bosan semasa belajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5