Profile Picture

Umi Melor *******

Degree (Non Education Faculty) - INTERNATIONAL RELATIONS

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Batu Caves, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum/ selamat sejahtera Tuan/Puan. Nama saya Umi Melor, seorang bekas guru pelatih berusia 38 tahun yang telah menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya baru sahaja selesai bergraduasi pada bulan November 2025 yang lalu. Mengajar merupakan minat saya sejak dari peringkat sekolah lagi. Saya komited untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik tidak kira sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, saya mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran, empati, dan kebolehan untuk memahami emosi dan kelakuan murid Saya berazam akan menyumbang segala bakti dan tenaga dan memberikan yang terbaik buat bakal peneraju generasi akan datang.. Sekian saya dahului dengan ucapan terima kasih
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah berteraskan PAK-21. Antara salah satu kaedah dalam PAK-21 yang digunakan adalah pengajaran berpusatkan murid. Saya menggunakan kaedah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan kelemahan murid yang diajar terlebih dahulu. Selain itu, kaedah pengajaran disesuaikan mengikut keperluan dan tahap murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Saya juga menerangkan konsep secara berperingkat menggunakan bahasa yang mudah difahami serta contoh daripada situasi harian bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas. Saya turut menekankan kefahaman konsep berbanding hafalan semata-mata. Latihan pengukuhan dan pemantauan akan diberi bagi memastikan perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6