Profile Picture

Hani Syuhada *******

Degree (Non Education Faculty) - Accounting

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai Parents! Nama saya Hani. Saya telah bekerja sebagai akauntan selama 10 tahun. Saya mempunyai pengalaman mengajar Prinsip Perakaunan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 secara one-to-one. Sepanjang sesi pengajaran, saya memberi fokus kepada pemahaman konsep asas yang kukuh sebelum beralih kepada teknik menjawab soalan peperiksaan sebenar SPM. Saya mahir menerangkan konsep akaun secara logik, tersusun dan langkah demi langkah. Pendekatan saya memastikan pelajar memahami keseluruhan aliran perakaunan dengan jelas, bukan sekadar menghafal format jawapan. Saya juga mengamalkan kaedah pengajaran yang sabar, berstruktur dan berfokus kepada peningkatan individu setiap pelajar. Antara pencapaian terbaik saya ialah membantu pelajar yang lemah dan gagal meningkatkan pemahaman mereka dengan ketara dalam tempoh yang singkat, sekaligus membina keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
Teaching Method(s)
Teknik-teknik menarik yang saya terapkan semasa sesi pembelajaran ialah konsep “Faham Dahulu, Baru Hafal”, iaitu memberi fokus kepada pemahaman logik disebalik sesuatu perkataan atau formula. Saya juga menggunakan latihan intensif berformat sebenar SPM supaya pelajar bukan sahaja memahami konsep, malah mampu menjawab soalan mengikut kehendak pemeriksa dengan tepat. Di akhir setiap kelas, saya akan mengadakan mini kuiz dan sesi recap bagi mengukuhkan ingatan serta memastikan pelajar benar-benar menguasai topik yang dipelajari. Pendekatan saya untuk memastikan pelajar memahami pelajaran adalah melalui sesi soal jawab secara aktif, supaya pelajar terlibat secara langsung dan bukan sekadar mendengar penerangan. Saya turut membuat pembetulan kesilapan secara terperinci bagi membantu pelajar mengenal pasti kekeliruan dan memahami cara yang betul dengan lebih yakin. Selain itu, saya mewujudkan suasana pembelajaran yang supportive dan tidak menekan supaya pelajar lebih selesa dan berani untuk bertanya. Antara teknik yang saya ajarkan untuk membantu pelajar memperoleh skor yang baik termasuklah teknik mengenal pasti kata kunci dan kehendak soalan dengan tepat. Saya juga menekankan teknik mengelakkan kesilapan lazim, di samping latihan menggunakan soalan tahun-tahun lepas serta analisis trend soalan peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5