Profile Picture

Nur Alya *******

Degree (Education Faculty) - IPG KAMPUS PULAU PINANG, IJAZAH BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Wakaf Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalam dan hai, nama diberi Alya Umaira ( Cikgu Umaira ). Saya merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), kini berada di Tahun 3 Semester 2. Bidang pengkhususan saya yang utama ialah subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor.

Saya mempunyai pengalaman mengajar selama lebih kurang 3 bulan dimana saya menjalani sesi praktikum 1 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Semasa berpraktikum saya ditawarkan untuk dicalonkan sebagai guru praktikum rentas cemerlang tetapi terpaksa menolak atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya juga berkesempatan melibatkan diri dalam menganjurkan Program Kembara Bahasa kepada murid tahun 6 bagi persediaan UASA.

Pendidikan terakhir ialah SPM dan sempat mengikuti STPM ( sains sosial ) sehingga semester 2. Walaupun saya lebih cenderung dan fokus kepada subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, saya tetap akan memberi komitmen dan menggunakan pengetahuan yang sedia ada kepada subjek lain dengan sebaiknya demi melahirkan insan yang bijak pandai.
Teaching Method(s)
Saya seorang guru yang santai yang boleh dijadikan “kawan” tetapi dalam pembelajaran ketegasan yang diutamakan. Saya lebih gemar menjalankan suatu pengajaran dengan memberi tumpuan khusus kepada keperluan, tahap kebolehan dan gaya pembelajaran seseorang murid. Bagi saya, apa yang murid perlu menjadi keutamaan saya.

Bagi sesi PdP, saya lebih mengutamakan pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan sesuai dengan keperluan murid. Saya juga turut mengaplikasikam pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) secara fleksibel merangkumi aktiviti interaktif, soal jawab berfokus dan bimbingan berterusan. Selain gemar menggunakan BBM, saya juga turut menggunakan teknik kuiz digital seperti Kahoot, Quizizz dan permainan interaktif ciptaan sendiri.

Teknik pengajaran ini semestinya untuk memastikan murid didikan saya “seronok” dan “senang” memahami setiap pembelajaran yang diajar dengan berkesan dan bermakna.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Mengaji Tadika
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tadika
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Mengaji Tadika
Prasekolah - 3M (Bahasa Melayu)
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika