Profile Picture

Firdaus Bin *******

Degree (Education Faculty) - BACHELPR OF ENGINEERING (ELECTRICAL)

Universiti Sains Malaysia (Nibong Tebal) (Graduated)

Kuala Kedah, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Firdaus. Walaupun saya merupakan tutor baharu yang ingin membina pengalaman dalam bidang pendidikan, saya mempunyai minat yang sangat mendalam dan penguasaan yang kukuh dalam subjek Matematik. Saya memperoleh keputusan A+ bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk skor cemerlang jika diberikan bimbingan yang betul. Fokus utama saya adalah untuk membantu pelajar membina keyakinan diri terhadap angka dan formula melalui pendekatan yang mudah difahami dan tidak membosankan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah berfokuskan kepada 'Topical Mastery' dan 'Problem-Solving'. Saya akan memulakan kelas dengan latihan terus mengikut bab untuk mengenalpasti tahap kefahaman semasa pelajar. Daripada latihan tersebut, saya akan mengesan bahagian mana yang pelajar kurang faham atau sering lakukan kesilapan. Saya akan menerangkan konsep tersebut secara mendalam dengan cara yang paling ringkas sehingga pelajar benar-benar faham sebelum beralih ke topik seterusnya. Selain itu, saya juga akan berkongsi tips dan teknik pantas yang saya gunakan sendiri untuk skor A+ semasa SPM supaya pelajar dapat menjawab soalan dengan lebih efisien.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3