Profile Picture

Nuril Khaliesah *******

Degree (Education Faculty) - Sains Rumah Tangga/Reka Bentuk dan Teknologi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Batu Pahat, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Hani. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama enam bulan melalui latihan mengajar yang telah saya jalani di dua buah sekolah menengah. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah mengajar beberapa subjek utama iaitu Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 serta Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1. Selain itu, saya juga berkebolehan untuk mengajar subjek tambahan seperti Sains, Matematik, Sejarah, dan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Pengalaman semasa saya menjalani latihan mengajar telah membantu saya memperkukuhkan kemahiran pedagogi serta keupayaan menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut tahap dan keperluan murid yang berbeza tahap pembelajaran. Antara pencapaian terbaik saya ialah memperoleh Ijazah Kelas Pertama dengan pointer 3.90, selain menerima Anugerah Dekan secara konsisten bagi setiap semester dari Semester 1 hingga Semester 8. Saya juga telah memenangi anugerah “Best Research on Innovation” untuk tesis projek tahun akhir yang memfokuskan kepada inovasi dalam teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Teaching Method(s)
Dalam proses pembelajaran, saya menerapkan beberapa teknik menarik bagi memastikan pengajaran lebih berkesan dan murid sentiasa terlibat secara aktif di dalam kelas. Antara teknik yang saya gunakan ialah teknik bermain, seperti kuiz dalam talian serta penggunaan bahan maujud untuk menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Selain itu, saya juga mengaplikasikan teknik perbincangan dengan menggalakkan murid berbincang bersama rakan dalam kumpulan serta mengeluarkan pendapat masing-masing, hal ini sekaligus dapat mengelakkan murid bersikap pasif semasa sesi pembelajaran. Seterusnya, saya menggunakan teknik soal jawab bagi membimbing murid berfikir secara lebih kritis dan mengembangkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Di samping itu, teknik latih tubi turut diterapkan untuk menguji serta mengukuhkan pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari. Melalui gabungan teknik-teknik ini, saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains Rumah Tangga
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M (Bahasa Melayu)
Tadika