Profile Picture

Nuralya Sabrina

Degree (Non Education Faculty) - New Media Communication

Universiti Malaysia Perlis (Sungai Chuchuh) (Ongoing Study)

Rompin, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nuralya Sabrina, mesra dipanggil Sabrina. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dan lepasan Asasi Sains Hayat (PASUM), Universiti Malaya. Saya berminat membantu pelajar memahami subjek Matematik dan Sains dengan cara yang mudah dan berkesan.

Walaupun belum mempunyai pengalaman mengajar secara formal, saya berpengalaman membimbing rakan-rakan semasa di sekolah, khususnya dalam menerangkan soalan dan konsep yang mereka kurang fahami. Saya juga memperoleh 8A dalam peperiksaan SPM (termasuk 5A+) dan pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Sekolah. Sebagai tutor, saya menekankan pendekatan yang sabar, jelas dan mengikut keperluan pelajar bagi membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan diri mereka.
Teaching Method(s)
Semasa mengajar, saya lebih gemar menggunakan nota ringkas berwarna, rajah, dan contoh visual untuk membantu pelajar mengingati isi penting dengan lebih mudah. Teknik ini mampu meningkatkan fokus dan pelajar lebih mudah ingat. Bagi memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar, saya akan menerangkan konsep langkah demi langkah, diikuti dengan latihan dan sesi soal jawab. Saya juga menggalakkan pelajar bertanya dan akan memastikan mereka benar-benar faham sebelum beralih ke topik seterusnya. Selain itu, saya akan menekankan pelajar untuk mengenal pasti kata kunci soalan, serta membuat latihan berulang untuk mengukuhkan kefahaman.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2