Profile Picture

Muhammad Ammar *******

Degree (Education Faculty) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikam (Fizik) dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali sebagai Ammar Haziq, berumur 20 tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik (Pendidikan) dengan Kepujian. Saya merupakan lepasan matrikulasi jurusan Sains Hayat dengan CGPA 4.0. Sebelum ini, saya bersekolah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Pekan dalam aliran Sains Tulen dan Prinsip Akaun, serta memperoleh keputusan SPM 9A 1B. Saya juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2023 peringkat daerah Pekan dan SHAH Pekan. Selain akademik, saya aktif menyertai pelbagai program kecemerlangan seperti Guru Muda SHAH Pekan, Program Intervensi Semua Subjek A (PISSA) dan Himpunan Pelajar Cemerlang (HIPEC) Pekan, yang banyak membentuk kemahiran komunikasi dan kepimpinan saya.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran, saya mengamalkan pendekatan mudah faham, berperingkat dan berfokus kepada kefahaman konsep. Saya menggunakan contoh situasi harian, peta minda, teknik hafalan berstruktur serta soalan aras rendah ke aras tinggi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar. Saya juga menekankan latihan berterusan, refleksi kendiri dan pembetulan kesalahan secara langsung supaya pelajar benar-benar memahami topik yang dipelajari. Selain itu, saya menggalakkan pelajar bertanya soalan tanpa rasa takut dan membina suasana pembelajaran yang positif, interaktif serta berpusatkan pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4