Profile Picture

Nur Arysha *******

Degree (Education Faculty) - TESL (TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE)

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya mesra dipanggil Arysha dan mempunyai pengalaman mengajar melalui latihan praktikal di sekolah rendah (SK Pulau Duyong, Kuala Terengganu) dan sekolah menengah (SMK Bandar Utama Damansara 3, Selangor) selama 3 hingga 4 bulan bagi setiap sesi. Saya juga pernah menjadi tutor di Genius Kids Centre Terengganu (3-4 bulan). Bidang fokus saya ialah Bahasa Inggeris dan saya boleh mengajar dari peringkat tadika hingga Tingkatan 5. Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar Matematik dan Sains bagi Darjah 1 hingga 3 serta Bahasa Melayu sehingga Tingkatan 2. Saya sangat meminati bidang bahasa, mempunyai asas dalam Bahasa Jepun, pernah menyertai pertandingan menulis pantun dalam Bahasa Jepun, dan mempunyai pengalaman sebagai pelakon teater yang membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri saya sebagai seorang pendidik.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran Bahasa Inggeris, saya menggunakan teknik interaktif seperti role-play, storytelling, perbincangan dan guided writing untuk membantu pelajar menguasai kemahiran bertutur dan menulis dengan lebih yakin. Saya mengamalkan pendekatan berpusatkan pelajar melalui teknik scaffolding dan latihan berperingkat bagi memastikan kefahaman yang jelas. Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya memberi fokus kepada teknik menjawab soalan mengikut format peperiksaan, penggunaan kosa kata yang tepat serta struktur karangan yang tersusun, disokong dengan latih tubi dan analisis kesalahan. Saya juga berkemampuan mengajar secara online menggunakan bahan digital interaktif seperti slaid dan kuiz atas talian, serta mampu menyesuaikan strategi pengajaran agar sesi pembelajaran kekal efektif dan menarik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa