Profile Picture

Abu Hanifah *******

Degree (Non Education Faculty) - Environmental Science and Technology

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera orang-orang HEBAT!

Saya Abu Hanifah, boleh panggil Cikgu Abu/Sir Abu. Saya merupakan graduan lepasan Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia dan sekarang ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Master Sains (Msc) bagi pengkhususan Kualiti Alam Sekitar dan Pemuliharaan. Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang "Guru Muda" bagi subjek Bahasa Melayu dan Geografi ketika di peringkat sekolah menengah. Dalam pada itu, saya juga pernah dilantik sebagai "Peer Assisted Learning Leaders" bagi mata pelajaran Biologi semasa di Kolej Matrikulasi Selangor. Walaupun baru sahaja menceburkan diri mengajar diluar bilik darjah sebagai seorang tutor sambilan, pengalaman lalu sedikit sebanyak akan saya terapkan bagi menyemai dan menyuburkan lagi pemahaman ilmu dalam kalangan pelajar dan anak didik saya.
Teaching Method(s)
Saya gemar menerapkan konsep pembelajaran aktif secara dua hala bersama para pelajar bagi menghidupkan suasana pengajaran agar tidak membosankan. Saya juga akan memberi lebih penekanan untuk mencapai sasaran akademik bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh para pelajar seiring dengan keperluan silibus terkini.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5