Profile Picture

Munifah Shahirah

Degree (Education Faculty) - Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Munifah Shahirah dan lebih selesa dipanggil Mun. Saya mempunyai pengalaman asas dalam mengajar secara tidak formal seperti membantu rakan dan pelajar lain dalam pelajaran. Saya juga sedang membina pengalaman sebagai tutor untuk meningkatkan kemahiran pengajaran saya. Saya terbuka untuk mengajar kedua-duanya, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, bergantung kepada keperluan pelajar. Subjek utama saya english, akan tetapi saya juga mengajar subjek yang lain seperti matematik, sains dan lain lain. Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, sabar dalam membimbing pelajar, serta mampu menyesuaikan cara pengajaran mengikut tahap kefahaman pelajar. Selain itu, saya juga mampu menggunakan pendekatan yang lebih santai dan mudah difahami untuk menarik minat pelajar. Saya berjaya memperoleh PNGK 3.88 dalam semester terkini, yang mencerminkan tahap penguasaan akademik dan disiplin diri yang tinggi. Selain itu, saya juga berpengalaman membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas dan meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pembelajaran yang interaktif seperti soal jawab, latihan berperingkat dan aktiviti santai bagi memastikan pelajar tidak cepat bosan. Selain itu, saya juga mengaitkan pembelajaran dengan situasi harian supaya lebih mudah difahami dan dapat menarik minat pelajar.

Dari segi pendekatan, saya mengamalkan student-centred learning, iaitu pengajaran yang disesuaikan mengikut tahap dan keperluan pelajar. Saya akan mengenal pasti kelemahan pelajar terlebih dahulu sebelum merancang kaedah pengajaran yang sesuai. Untuk memastikan pelajar benar-benar memahami sesuatu topik, saya akan meminta mereka menerangkan semula apa yang dipelajari serta memberikan latihan sebagai pengukuhan.

Bagi membantu pelajar mencapai keputusan yang baik, saya akan memberi penekanan kepada latihan berulang, teknik menjawab soalan dengan betul, serta fokus kepada topik-topik penting yang kerap keluar dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat pembetulan terhadap kesilapan pelajar supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selain itu, saya akan memantau perkembangan pelajar secara berterusan bagi memastikan mereka menunjukkan peningkatan yang konsisten dari semasa ke semasa.

Saya juga menawarkan kelas secara online dan bersemuka (fizikal) mengikut keperluan pelajar. Buat masa ini, saya lebih fleksibel untuk kelas secara online, namun sesi bersemuka boleh diatur dengan perbincangan terlebih dahulu berdasarkan lokasi dan kesesuaian jadual.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains Sukan
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Tadika Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 3