Profile Picture

Nur Ain *******

(Online)

Sarjana(master) - Sarjana Sains Biologi

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nur Ain Sabrina binti Azmi. Saya dikenali sebagai Cikgu Sabrina. Saya telah menceburi bidang tutor selama hampir 5 tahun bermula dari tahun 2019 hingga sekarang 2024. Saya berpengalaman mengajar dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Biologi untuk peringkat sekolah menengah. Saya juga boleh mengajar matapelajaran Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Saya juga sering kali menggantikan guru-guru sekiranya mereka mempunyai kecemasan. Saya gemar menjadikan pelajar-pelajar saya sebagai seorang rakan kerana saya beranggapan mereka akan lebih selesa untuk berkongsi masalah dan bertanya soalan yang mereka tidak faham. Saya berkemahiran untuk membantu pelajar fokus dengan baik kerana saya suka mengaitkan silibus pembelajaran terutama matapelajaran Sains dan Biologi dengan kehidupan seharian. Saya berpendapat pelajar lebih mudah faham jika kita dapat mengaitkan pembelajaran dalam konteks aktiviti harian.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif seperti kuiz berasaskan aplikasi dan eksperimen mudah dalam kelas, terutamanya untuk mata pelajaran Biologi dan Sains. Bagi Matematik, saya sering melibatkan aktiviti penyelesaian masalah secara berpasukan dan permainan yang menguji logik untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan. Saya menggunakan pelbagai medium seperti visual, video, dan carta untuk memudahkan pemahaman konsep-konsep abstrak. Saya juga sentiasa menggalakkan pelajar bertanya soalan jika ada perkara yang kurang jelas. Saya menekankan pentingnya membuat nota ringkas dan konsisten dalam mengulang kaji setiap hari. Selain itu, saya ajar teknik menjawab soalan dengan mengenalpasti kata kunci dalam soalan, serta cara menguruskan masa ketika menjawab peperiksaan. Saya juga memberi banyak latihan peperiksaan lepas untuk meningkatkan keyakinan pelajar."
Subject
Subject School Level
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5