Saya merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) di UTM Skudai dan menyambung pengajian dalam Diploma Pascasiswazah dalam Pendidikan (Kejuruteraan) di Universiti Malaya. Mempunyai pengalaman menjadi home-tutor dan guru pusat tuisyen selama hampir 2 tahun dalam bidang matematik (sekolah menengah). Kini, saya berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Johor Bahru.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan one-to-one yang lebih berfokuskan kepada mengukuhkan kefahaman asas para pelajar dalam satu subjek. Saya amat menggalakkan pelajar untuk mencuba mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dipilih disamping mendapat bimbingan secara terus daripada saya sendiri. Selain itu, saya turut menggunakan contoh-contoh soalan yang berperingkat dari aras rendah sehingga aras tinggi yang bersifat KBAT. Perbincangan soalan dan latihan dijalankan secara komunikasi dua hala bersama pelajar.