Saya ialah seorang tutor bahasa Melayu bagi sekolah menengah. Saya berpengalaman mengajar di sebuah sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin sebagai guru bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Jadi, saya ada pengalaman dari segi penskoran dan penandaan BM PT3 dan SPM.
Seterusnya, saya sudah berkhidmat sebagai tutor bahasa Melayu sejak 2018. Ada murid menengah rendah dan menengah atas. Untuk murid SPM, terdapat calon persekolahan dan calon persendirian.
Saya seorang yang rajin menyertai bengkel atau seminar untuk memantapkan pengetahuan bahasa Melayu terutamanya untuk BM SPM. Selain itu, saya seorang yang komited dengan kerja dan akan memberikan 100% perhatian dan usaha kepada murid yang saya.
Ingin dapatkan khidmat saya? Sila hubungi saya di talian berikut.
Teaching Method(s)
• Mengajar murid cara berfikir untuk menjawab soalan peperiksaan.
• Mengajar teknik menjawab soalan peperiksaan.
• Menyediakan bahan pembelajaran dan latihan.
• Mengajar dalam suasana santai supaya murid tidak berasa tertekan ketika belajar.
• Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada masa yang sama.