Profile Picture

Nuraliaa Syahirah *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan selamat sejahtera , nama saya NURALIAA SYAHIRAH BINTI IBRAHIM. Saya merupakan guru sepenuh masa untuk tuisyen fizikal dan dalam talian. Saya telah menjdi guru persendirian sepenuh masa sejak 2022 sehingga kini dan banyak pengalaman yang telah saya pelajari. Dari pelajar yang sangat lemah hinggalah pelajar yang sangat cemerlang.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk setiappelajar , ini kerana setiap pelajar mempunyai cara dan kefahaman yang berlainan jadi saya tidak menggunakan cara yang sama pada semua pelajar.

Bagi pelajar tadika :
- Bagi ejaan dan bacaan saya lebih kepada ejaan kv+kv/ kvkv dan saya tidak menggunakan phonik. Pelajaran dalam ejaan konsonan dan vokal sangat penting dan lebih mudah kerana jika pelajar masuk darjah 1, sekolah kebangsaan harian tidak menggunakan phonik sebagai asas ejaan tapi ejaan kvkv yang dimana lebih mudah dan senang untuk pelajar fahami.

Bgi pelajar sekolah rendah :
- Pelajar akan diajar mengikut tahap, contohnya pelajar A sangat lemah dan kerap gagal dalam ujian. Saya akan menggunakan teknik PEMBELAJARAN BERULANG dimana saya akan mengulang kaji secara berkala. Selain itu, saya juga menggunakan teknik PECAHAN, dimana saya akan pecahkan maklumat yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang lebih mudah difahami. Seterusnya, saya juga menggunakan teknik PENGAJARAN RAKAN SEBAYA, iaitu saya akan mengajar dan melakukan latihan bersama pelajar untuk memberikan pelajar faham akan konsep dan teknik yang berkaitan. Akhir sekali, saya juga akan melakukan latihan secara konsisten dan setiap akhir bab saya akan sediakan ujian sebelum memasuki topik baharu. Ujian ini untuk memastikan pelajar faham akan topik yang dipelajari sebelum memasuki topik baharu.

Bagi pelajar sekolah menengah :
- Mengajar pelajar sekolah menengah memerlukan pendekatan yang berkesan dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif mereka. Pada peringkat ini, pelajar lebih cenderung untuk berfikir secara kritikal, ingin berdikari, dan mudah bosan dengan kaedah pengajaran tradisional. Selain itu, penggunaan pembelajaran interaktif seperti alat digital, lakonan peranan, dan kuiz dalam talian juga dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu subjek.

Seterusnya pembelajaran berasaskan masalah (Problem-Based Learning - PBL) adalah pendekatan yang boleh membantu pelajar menghubungkan teori dengan situasi dunia sebenar. Sebagai contoh, dalam subjek Sains, pelajar boleh diberikan masalah pencemaran alam sekitar dan diminta mencari penyelesaian yang realistik. Melalui teknik ini, mereka dapat membangunkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Berikutnya, gamifikasi dalam pembelajaran boleh meningkatkan motivasi pelajar. Dengan menukar pembelajaran kepada bentuk permainan dan cabaran, mereka lebih berminat untuk menyertai kelas dan berusaha mencapai keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, saya memberikan sistem markah atau anugerah boleh diberikan kepada pelajar yang berjaya menyelesaikan kuiz dengan betul. Saya perlu memberi maklum balas yang membina kepada pelajar agar mereka dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan dalam pembelajaran mereka.

Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Inggeris
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6