Menjadi tutor merupakan salah satu dari minat saya sejak kecil. Kepuasan sebenar bukanlah terletak sekadar hanya menamatkan silibus tetapi pada saya kepuasan saya apabila mengajar ialah apabila anak didik saya faham dan berpuas hati dengan apa yang telah disampaikan. Pencapaian yang cemerlang merupakan satu titik tambah dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi apa yang didahulukan pada saya ialah kefahaman serta keseronokan di dalam menyelusuri dunia akademik.
Teaching Method(s)
Saya kerap menggunakan nota kotak yang menyimpulkan isi isi penting yang sesuai digunakan di dalam peperiksaan di samping membawa pelajar bersama sama memahami sesuatu subjek serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk bertanya agar pembelajaran menjadi lebih mudah.