Saya Cikgu Adilah. Mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai tutor Matematik yang membantu memberi kefahaman kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5. Saya adalah pencinta Matematik. Saya sangat suka menjawab soalan-soalan Matematik dan berkongsi teknik-teknik dan tip-tip yang saya sedia ada dan telah kuasai.
Teaching Method(s)
Matematik adalah sangat mudah apabila anda dapat memahami konsep tersebut. Jadi saya akan mengajar mengikut silibus KPM yang terkini dengan memberi kefahaman terlebih dahulu. Seterusnya, melalui latihan-latihan yang akan saya beri, ia akan membantu murid-murid supaya menghafal setiap langkah dan jalan kerja mengikut skema jawapan peperiksaan.