Profile Picture

Nurshahida Saipi

(Physical & Online)

Sarjana Muda - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN (MAJOR BIOLOGI)

Kota Damansara, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu shahida. Saya merupakan seorang tutor yang berlatar belakang pendidikan sains sejak dari sekolah menengah lagi. Saya seorang tutor yang mementingkan penerapan ilmu sains dalam bidang akedemik dan kehidupan seharian pelajar. Saya seorang yang komited dan berdedikasi terhadap pelajar dan pencapaian mereka dalam subjek sains.saya telah mengajar dalam bidang tusyen sejak dari tahun 2018 hingga kini.saya mengambil subjek biologi sebagai major dan kimia sebagai subjek minor. Pada tahun 2020, saya telah mengambil keputusan untuk mengajar subjek fizik kerana minat saya dan saya terinspirasi untuk memastikan pelajar saya dapat memahami fizik dengan lebih lagi jika saya menggunakan teknik penerangan seperti subjek biologi. Dengan asas pendidikan sains semasa saya bersekolah di sekolah menengah sains memberikan saya lebih kelebihan untuk teknik pengajaran saya. Saya juga berkemahiran mengendalikan pelajar dalam berkumpulan dan perseorangan. Saya juga berkemahiran dalam menganalisis teknik menjawab untuk subjek biologi spm kerana saya telah mendalami teknik menjawab dan menanda jawapan daripada guru penanda kertas spm serta pengalaman saya sepanjang menjadi tutor. Saya aplikasikan juga kemahiran ini dalam subjek kimia dan Fizik. Teknik saya mungkin perlahan tetapi berkesan!
Teaching Method(s)
Hasil daripada pengalaman saya sepanjang 6 tahun sebagai tutor dan pengalaman mengendalikan pelajar di dalam kelas, saya menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut keupayaan pelajar dalam memproses maklumat. Saya lebih mementingkan kaedah STEM dalam teknik pengajaran saya. Saya akan memastikan pelajar saya dapat memahami topik yang dipelajari untuk diaplikasikan dimasa depan.saya sering menerapkan budaya dan cara belajar kepada pelajar saya supaya mereka mempunyai disiplin ketika dan selepas pembelajaran. Teknik terakhir yang saya gunakan sebelum pelajar menghadapi peperiksaan besar, saya akan menggunakan teknik ‘Exam-Oriented” supaya pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Disamping itu, saya akan memastikan pelajar saya mahir dari segi teknik menjawab soalan kerana teknik ini amat penting untuk pelajar di dalam peperiksaan. Penerapan budaya sains dan pencapaian dalam mata pelajaran biologi, kimia dan fizik merupakan tujuan saya sebagai guru tusyen sains.
Subject
Subject School Level
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Chemistry DLP Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Science DLP Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biology DLP Tingkatan 5, Tingkatan 4
Physics DLP Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3