Profile Picture

Zainal Zulhilmi *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sains Sosial Dengan Kepujian (Antropologi Dan Sosiologi)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Loyal Tutor

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

Training B.Melayu Sek Rendah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai! Bersama cikgu Bahasa Melayu anda, Cikgu Zainal.

Saya merupakan seorang tutor graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012. Kemudian, saya telah melanjutkan pelajaran ke bidang Sarjana di UTHM sehingga tahun 2015.

Saya telah memulakan kerja dalam bidang perguruan untuk subjek Bahasa Melayu bagi sebuah sekolah pelarian di bawah UNHCR bermula tahun 2016 hingga 2020. Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi home tutor sepenuh masa (Bahasa Melayu) bermula 2021.

Saya telah membantu ramai pelajar lemah untuk membina karangan Bahasa Melayu dengan baik menggunakan teknik Si.Bu.Di,A,M, teknik I.M.B.A.C.K.U.P dan Piramid 7 Lapisan. Mahu anak anda lulus dan seterusnya yakin untuk cemerlang Bahasa Melayu?

Tekan butang di sebelah kanan anda sekarang!

Teaching Method(s)
Dengan pengalaman 8 tahun mengajar, saya telah menghasilkan pelbagai teknik bagi memudahkan pelajar menjawab soalan Bahasa Melayu terutamanya bagi soalan membina karangan.

* Teknik pembelajaran secara didik hibur yang meliputi elemen menyanyi, tayangan video dan kuiz interaktif merupakan elemen utama yang saya terapkan semasa pembelajaran supaya murid lebih seronok dan bersemangat untuk belajar Bahasa Melayu.

* Teknik bina ayat menggunakan formula Si.Bu.Di.A.M mampu menolong pelajar membina ayat yang gramatis dan mempunyai isi tersirat.

* Teknik membina isi karangan menggunakan Piramid 7 Lapisan banyak membantu pelajar membina kerangka isi dengan segera.

* Teknik hurai karangan menggunakan formula I.M.Ba.C.K.U.P mampu menyelesaikan masalah kekurangan idea dan jumlah patah perkataan di dalam karangan.

Beri peluang kepada anak anda untuk belajar teknik di atas dan seterusnya cemerlang membina karangan Bahasa Melayu. =)
Rating & Review

Maznifah Fatah : Bahasa Melayu

Baik

Maznifah Fatah : Bahasa Melayu

Tutor telah menjalankan kelas dengan baik, tutor juga mengambil initiative memaklumkan parent setiap aktiviti yang dilakukan dalam kelas sejurus selepas kelas tamat.

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4, Cambridge - Tahun 5, Cambridge - Tahun 6, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 11