Saya Musfirah, lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang baik dalam sistem dan tatabahasa Melayu. Saya mempunyai minat dalam bidang mengajar dan sentiasa akan cuba untuk mencipta pendekatan individu untuk setiap pelajar saya, dengan matlamat untuk mewujudkan peningkatan walaupun sedikit dalam kalangan pelajar. Saya mempunyai pengalaman mengajar (tutoring) selama setahun bagi murid sekolah rendah dan juga tingkatan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya ialah saya akan lebih menumpukan latih tubi, soal jawab, memahami teknik menjawab serta mewujudkan perbincangan. Saya juga akan sertakan tips kaedah belajar Bahasa Melayu agar pelajar mahir tatabahasa Melayu.