Profile Picture

Siti Nur *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Beranang, Selangor

Fakulti Pendidikan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang graduan Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakunan) dengan Kepujian. Major Perakaunan dan Minor Bahasa Melayu. Saya seorang yang sentiasa inginkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menambah kemahiran dan ilmu yang sedia ada. Saya seorang yang mudah bekerja dalam kumpulan dan boleh juga bekerja secara individu. Saya juga gemar berkongsi ilmu yang saya perolehi dan juga minat saya dalam mengajar menjadikan saya seronok dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Sejak PKP 2020, saya ada menyediakan perkhidmatan tusyen kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan kampung saya.
Teaching Method(s)
Saya gemar menjalankan PdP dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Teknik pengajaran dipilih berdasarkan kelompok pelajar sama ada pelajar sekolah rendah atau menengah. Antara teknik yang sering saya gunakan adalah seperti teknik simulasi, teknik soal jawab (biasanya di hujung PdP), teknik kuiz, teknik sumbangsaran dan sebagainya. Namun, perkara yang tidak berubah dalam teknik oengajaran saya ialah saya akan menjalankan sesi induksi setiap kali kelas berlangsung, tidak kira kelas bersama pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Sesi induksi yang dijalankan akan menggunakan medium yang berbagai seperti video, gambar, penceritaan mahupun simulasi. Saya juga sering menyediakan bahan pengajaran atau ABM mengikut minat pelajar (sekiranya sesi 1 to 1). Hal ini akan menjadikan pelajar tidak bosan dan lebih berminat untuk belajar. Dan setiap sesi PdP, saya akan sertakan latihan pengukuhan sebelum tamat sesi PdP tersebut.
Rating & Review

Mohamad Razip Sirat

Matematik

Bagus👍

PUAN NORHATIZA

Bahasa Melayu

Tutor sangat baik, mudah memberi kerjasama, pengajaran anak suka dan menarik minat utk dia attend kelas.. tq

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan DLP
Tingkatan 4