Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Cikgu Haziq Amran. Saya merupakan seorang graduasi dari Institut Pendidikan Guru yang telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Perguruan Matematik kelas Pertama. Saya sangat bersemangat untuk membantu anak didik dalam subjek matematik. Saya seorang yang mesra namun ada tegasnya. Saya akan sentiasa berikhtiar agar anak didik saya mencapai matlamat mereka.Saya juga akan menggunakan pelbagai method pengajaran agar mereka menyukai dan memahami sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pilihlah saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya akan menerapkan pelbagai pendekatan dan teknik dalam pengajaran saya. Antara teknik yang saya gunakan ialah didik hibur. Kaedah didik hibur ini dapat memastikan pelajar tidak mudah bosan dan akan sentiasa fokus di dalam kelas. Saya juga menyediakan nota ringkas berkaitan semua topik matematik yang ingin diajar agar pelajar dapat membuat ulang kaji semula dengan sangat mudah. Nota yang saya hasilkan ini juga dibuat dalam berwarna warni agar dapat menarik minat para pelajar. Selain itu, saya juga akan menyelitkan unsur gamifikasi dalam pengajaran contohnya seperti Quizzes, Kahoot, Dam Ular dan sebagainya