Saya Cikgu Najmi, merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 5 tahun dan berdedikasi dalam mendidik pelajar-pelajar untuk skor dalam subjek Prinsip Perakaunan dam Ekonomi. Sistem pembelajaran yang teratur adalah fokus utama saya supaya pelajar selesa dengan subjek yang dipelajari. Saya juga amat menitik beratkan motivasi pelajar supaya terus minat dan tidak putus asa dengan pelajaran.
Teaching Method(s)
Berbekalkan pengalaman 5 tahun sebagai tutor, saya mengaplikasikan teknik mengajar yang selesa dengan pelajar. Teknik pengajaran yang lebih fleksible saya terapkan supaya pelajar tidak kekok dengan apa yang dipelajari. Peta minda dan nota ringkas akan diutamakan jika itu adalah keselesaan pelajar. Buku teks yang dibekalkan oleh pihak KPM juga menjadi panduan utama kerana setara dengan peredaran waktu, ianya menyediakan pelbagai nota yang mampu menarik minat pelajar. Latihan terus selepas pembelajaran juga amat saya titik beratkan supaya pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari.