Saya adalah seorang tutor yang mudah mesra tetapi tegas ketika mengajar. Saya akan cuba membantu setiap pelajar untuk mendapat keputusan yang lebih baik dan cemerlang. Walapun saya tiada pengalaman mengajar di sekolah, saya boleh adaptasi cara pembelajaran setiap murid untuk memudahkan lagi proses mengajar. Saya juga ada kelulusan untuk menjadi seorang pendidik kepada pelajar terutama sekali Bahasa Inggeris, subjek teras saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah yang bersesuaian mengikut personaliti pelajar. Saya akan pastikan persekitaran ketika mengajar lebih menyeronokkan dan mudah difaham. Saya juga akan menggunakan latihan-latihan yang mudah difaham tetapi masih menguji daya pengetahuan pelajar. Saya juga ada daya ingatan yang baik, jadi setiap perbualan atau percakapan pelajar itu saya boleh ingat dan digunakan pada pembelajaran yang seterusnya.