Profile Picture

Muhammad Zainuddin

Diploma / Stpm - Diploma In Science (Upsi)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2014. Saya telah mula menceburi dalam bidang pendidikan sejak daripada 2014 hingga ke detik ini. Saya telah berjaya mengendalikan lebih daripada 80 seminar Kecemerlangan Akademik di sekolah-sekolah awam atas jemputan pihak sekolah dan juga pihak swasta seperti Lembaga Zakat Selangor. pada waktu yang sama, saya juga aktif mengajar para pelajar di serata Malaysia secara kelas dalam talian dan juga kelas fizikal di 5-6 buat pusat tuisyen sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Teaching Method(s)
Terdapat beberapa teknik yang selalu digunapakai oleh saya. Pertamanya, Blend Teknik, dimana setiap pelajar mempunyai pendekatan yang berbeza untuk memahami sesuatu yang disampikan oleh guru-guru. Oleh itu menjadi kebiasaan untuk saya mengenalpasti dan memastikan kaedah pendekatan yang mudah difahami akan digunapakai semasa pembelajaran. Kedua, komunikasi dua hala. Saya gemar untuk bersoal jawab bersama pelajar untuk melihat tahap kefahaman mereka serta kemampuan mereka untuk menerangkan semula sesuatu pelajaran dengan menggunakan perkataan sendiri. Akhirnya, setiap pelajar dalam talian akan dimasukkan dalam satu group dalam aplikasi Telegram untuk ibubapa memantau perkembangan anak-anak menerusi latihan di telah dibuat serta disemak oleh saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5