Profile Picture

Nor Bazira *******

(Online)

Sarjana Muda - Sains Kemanusiaan (Bahasa Dan Kesusasteraan Arab)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Titiwangsa, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan Bahasa dan Kesusasteraan Arab di UIAM pada 2019. Setelah itu, saya berpeluang mengajar di sebuah sekolah rendah selama hampir 3 tahun sebelum saya berpindah ke bidang baharu di syarikat sekarang. Namun, itu tidak menghapus minat saya untuk terus mendidik selain saya ingin terus mengasah kemahiran Bahasa Arab sebelum ia luput begitu saja. Saya juga pernah mengajar bagi subjek UPKK melalui platform atas talian sebelum ini.
Teaching Method(s)
Pada peringkat awal bergelar pendidik, negara dilanda Covid-19 dan "memaksa" kami untuk meneroka pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat dan fokus murid-murid memandangkan pada ketika itu mereka hanya dapat menyertai kelas atas talian.

Rentetan itu, kami berjaya menjadi 'pencipta kandungan' di mana video pengajaran perlu dimuat naik di ruang Facebook, mengajar secara langsung melalui platform Facebook dan Google Meet, meneroka aplikasi Kahoot!, Google Classroom, Quizalize dan banyak lagi.

Konsep ganjaran turut diperkenalkan di mana murid akan mendapat markah bagi setiap kerja rumah, penyertaan dalam sesi soal jawab dalam kelas, kelakuan baik dan sebagainya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6