Profile Picture

Nur Aini *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian (Upsi)

Kampung Raja, Terengganu

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nur Aini Farhanim Binti Adnan. Dari Besut, Terengganu. Saya mendapat A bagi subjek sejarah pada peringkat SPM dan STPM. Merupakan alumni UPSI dalam pendidikan Sejarah. Pengalaman dalam mengajar adalah semasa praktikal di sekolah menengah pada tahun 2021 dan 2022 iaitu mengajar tingkatan 2, 3 dan 4 bagi subjek sejarah. Kelebihan saya mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik, boleh mendengar pendapat, boleh bertolak ansur dengan pelajar dan tahu perkara-perkara yang perlu ada dalam subjek sejarah seperti berkaitan dengan soalan KBAT. Prefer kelas online
Teaching Method(s)
Bagi subjek sejarah, saya biasa menggunakan teknik pengajaran pembelajaran berasaskan inkuiri mengikut tahap pelajar itu sendiri dengan menggunakan kepelbagaian teknik pembelajaran abad ke-21 lebih-lebih lagi bagi pembelajaran atas talian yang mana pelajar yang akan aktif di dalam kelas. Ini lebih kepada menguji tahap kefahaman pelajar. Saya akan menggunakan aplikasi atau google form bagi soalan objektif. Bagi soalan subjektif dan esei, pelajar akan melakukan secara manual dan hantar kepada Tutor melalui telegram/whatsapp. Kelas akan dijalankan melalui Google Meet. Bagi nota pula akan dipaparkan melalui powerpoint atau hantar secara personal kepada pelajar.

Yang kedua, saya akan menggunakan teknik pengajaran pembelajaran berpusatkan murid. Ia dilakukan ketika melakukan latih tubi iaitu guru sebagai pembimbing dalam latih tubi tersebut.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 5