Saya Cikgu Afifah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan mata pelajaran utama saya dalam dunia pendidikan. Oleh kerana saya seorang yang sangat menyukai mata pelajaran tersebut sejak dari sekolah, jadi saya ada kemahiran dan teknik yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pelajar. Anak anda lemah dalam mata pelajaran Matematik ? Tak tahu apa teknik terbaik untuk tingkatkan prestasi di sekolah ? Saya sedia membantu.
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengalaman saya selama 5 tahun menjadi pendidik, saya telah mempelajari pendekatan terbaik dalam mendidik pelajar terutama dalam mata pelajaran Matematik ialah dengan menggunakan teknik 'study group' dimana saya akan bersama-sama pelajar dalam menyelesaikan soalan. Berbanding mencipta jurang antara guru dan pelajar, saya lebih memilih untuk menjadi rakan mereka. Teknik tersebut akan membuatkan pelajar lebih selesa untuk bertanya dan lebih mudah untuk memahami apa yang dipelajari.