Saya Cikgu Ain. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar murid sekolah rendah dan sekolah menengah (menengah rendah). Pengalaman ini saya peroleh ketika menjadi tutor dari semasa ke semasa untuk mengisi masa lapang. Selain itu, saya juga pernah menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya manakala subjek Bahasa Malaysia dan Sains merupakan subjek minor.
Teaching Method(s)
Sebagai graduan Bahasa Inggeris, saya telah diterapkan dengan pelbagai teknik pembelajaran yang menarik. Selain dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus ketika belajar, teknik-teknik yang saya aplikasikan dapat menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. Antara pendekatan yang sering saya gunakan adalah penggunaan peta minda, tugas dalam kelompok dan teknik simulasi. Teknik-teknik ini meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran kerana ianya mengelakkan proses pembelajaran pasif apabila murid dapat turut serta dalam aktiviti secara langsung.