Saya merupakan seorang tutor yang sangat disenangi pelajar.
Pengalaman mengajar selama 7 tahun memberi saya kebolehan menentukan kaedah pembelajaran yang bertepatan dengan diri pelajar (setiap pelajar berbeza kaedah pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka).
Saya berpengalaman mengajar pelajar yang gagal dan dapat menunjukkan peningkatan yang sangat cemerlang untuk subjek Prinsip Perakaunan.
Saya percaya bahawa kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap seseorang pelajar adalah sangat penting untuk memastikan pelajar lebih senang faham subjek yang dipelajari.
Teaching Method(s)
Saya memastikan pelajar sentiasa faham sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Saya akan selalu bertanya adakah pelajar faham atau tidak. Jika pelajar tidak faham, saya dengan senang hati akan mengulang semula.
Jika hadapi pelajar yang pendiam atau pemalu, saya akan memberi soalan ringkas yang akan dapat menunjukkan tahap kefahaman pelajar.
Saya mengamalkan suasana kelas yang ceria supaya pelajar berasa gembira sepanjang sesi pembelajaran.
Saya menyediakan nota yang menarik supaya pelajar dapat membuat ulangkaji dengan lebih berkesan.