Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Cikgu Nor Suhailah Binti Kamarulzaman merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Perakaunan.
Saya merupakan seorang pendidik yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan (SPM) dan Matematik bagi sekolah rendah. Saya akan sentiasa peka dengan perubahan silibus yang berlaku dan memastikan sesi pembelajaran yang dilakukan mengikut format silibus terkini. Selain itu, saya mempunya pengalaman dalam mengendalikan pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Jika tuan puan berminat untuk mendapatkan khidmat tutor saya, boleh hubungi saya ditalian berikut.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar sendiri. Hal ini penting bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai bagi pihak saya dan pelajar. Saya akan mengenal pasti topik yang pelajar lemah dan memberikan nota dan latihan tambahan bagi memastikan pelajar menguasai sesuatu topik tersebut. Bagi subjek Prinsip Perakaunan, set soalan berbentuk format SPM akan diberikan bagi melatih pelajar untuk menjawab kertas SPM akan datang. Visi saya sebagai pendidik adalah untuk memastikan pelajar bukan sahaja belajar kerana exam tetapi minat dalam subjek yang dipelajari.