About Me
Saya bersemangat tinggi sebagai tenaga pengajar untuk membantu pelajar lebih cemerlang. Dengan pengalaman dan pendidikan yang diperolehi, saya yakin untuk mengajar pelajar daripada sekolah rendah, sekolah menengah, mahupun pelajar universiti bagi peringkat pelajar sarjana muda, master dan pelajar Ph.D. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar pelajar sarjana muda di Western Michigan University (WMU), Amerika Syarikat dalam Komunikasi Berbahasa Inggeris. dengan pengalaman melebihi lima tahun di sana, saya mahir berkomunikasi dan menulis Bahasa Inggeris. Dengan itu, saya mampu mengajar dan fasih dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah, saya berupaya mengawal kelas dengan baik dan di kebanyakkan sekolah saya menjadi guru disiplin. Sebagai pendidik, saya sentiasa mempelajari dan meningkatkan ilmu agar lebih mahir.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang dibuat adalah teknik bercerita, teknik soal jawab dan teknik perbincangan. Perbincangan yang dibuat adalah mengenai bagaimana untuk mengenalpasti kesalahan yang dibuat untuk memperbaiki dan sebagai strategi agar keputusan bertambah baik. Saya turut mengenengahkan teknik pengajaran auditif iaitu mendengar dan bercakap, dan teknik pengajaran visual iaitu melalui mata dan penglihatan. Kesemua teknik pengajaran ini diharapkan dapat membantu dalam peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, karektor dan nilai sewajarnya untuk membantu pelajar dalam pembelajaran, lebih berjaya dan sekaligus dapat memperbaiki kualiti hidup dan terus bersemangat untuk teurs belajar dan memajukan diri.