Saya boleh mengajar subjek matematik dan sains dengan mudah di semua peringkat sekolah samada rendah atau menengah. Tambahan lagi saya boleh menarik minat murid murid untuk belajar subjek matematik dan sains dengan mudah. Disamping itu juga saya mampu memberi akronim kepada murid supaya mereka mudah ingat formula, teori dan fakta yang penting.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran santai, menarik dan mudah faham. Tambahan lagi, saya menggunakan pendekatan pengajaran dengan menggunakan perkataan dan ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami oleh murid. Teknik yang digunakan semasa pengajaran saya adalah dengan menggunakan keadaan, situasi atau peralatan di sekeliling murid. Justeru murid akan mudah memahami dan mengingati fakta, teori dan cara pengiraan.