Hi! Saya cikgu Ibtihaj mempunyai pengalaman mengajar tuisyen selama empat tahun semenjak 2018. Kepakaran saya adalah mengajar subjek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Saya mula mengajar secara 'home tuition' dan sekarang aktif mengajar secara 'online tuition'. Saya mempuyai pengalaman bekerja di dalam bidang perakaunan selama 3 tahun sebelum melibatkan diri sepenuh masa di dalam bidang pendidikan.
Misi saya adalah memastikan pelajar dapat memahami akaun berdasarkan realiti kehidupan mereka berbanding hanya hafal untuk tujuan peperiksaan semata. Kepada ibu dan bapa pelajar, saya akan memberikan service yang terbaik kepada anak-anak anda.
Teaching Method(s)
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya memberi penekanan terhadap pemahaman sesebuah topik berbanding hanya meminta pelajar menghafal. Saya menyediakan modul sendiri (E-notes) yang lebih ringkas dan mudah difahami. Saya menggunakan soalan-soalan SPM atau percubaan SPM semasa sesi latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Saya memberi peluang kepada pelajar untuk whatsapp saya bila-bila masa sahaja jika ada soalan atau masalah berkaitan akaun.