Profile Picture

Nurul Izzwani *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master Of Science Social Studies (Universiti Malaysia Terengganu)

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

Pasir Puteh, Kelantan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Izzwani merupakan seorang tutor yang berwawasan dan berpengalaman mengajar selama 4 tahun di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat kolej. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik, Sejarah, Geografi dan Prinsip Perakaunan merupakan subjek minor. Saya berkemahiran dalam mengendalikan penyusunan modul supaya dapat menjadi seorang pendidik yang mampu membantu pelajar yang lemah dan melahirkan pelajar cemerlang. Selain itu, saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Mahu anak-anak seronok belajar, skor dengan cemerlang dan ingin tingkatkan tahap keyakinan diri anak-anak dalam pelajaran dan kehidupan? Boleh hubungi saya dengan segera hari ini.
Teaching Method(s)
Pelbagai teknik menarik didedahkan kepada pelajar bersesuaian dengan tahap keupayaan setiap pelajar dalam meningkatkan minat dan keupayaan dalam pelajaran. Saya mengaplikasikan teknik praktis dan enjoy dalam mencapai objektif pembelajaran. Di samping itu, saya menekankan pendekatan peta minda terutama bagi subjek yang memerlukan hafalan. Kepelbagaian teknik diaplikasikan kepada pelajar bagi memastikan para pelajar dapat menguasai dan memahami setiap ilmu yang diajar. Teknik Skor A+ SPM bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik merupakan teknik yang berkesan untuk para pelajar. Oleh sebab itu, kecemerlangan dan kepuasaan anak-anak merupakan visi saya sebagai seorang pendidik. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam pelajaran sahaja malah turut dapat diguna pakai dalam kehidupan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5