Profile Picture

Muhammad Aiman *******

Diploma / Stpm - Sarjana Muda Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Bangi, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Muhammad Aiman Hakim Bin Azhar, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sepanjang tempoh pengajian, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dalam bidang pendidikan, terutamanya sebagai tutor kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Subjek utama yang saya kendalikan meliputi Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah, serta subjek berkaitan penilaian agama seperti UPKK dan PSRA. Pengalaman ini telah memperkukuh kemahiran pedagogi saya serta meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap pembelajaran pelajar.

Selain pengajaran akademik, saya aktif dalam aktiviti universiti sebagai fasilitator. Saya berpengalaman mengendalikan serta melatih pelajar dalam pelbagai program pembangunan diri yang merangkumi pengucapan awam, kemahiran komunikasi, pembinaan jati diri, kepimpinan, dan aspek kemahiran insaniah yang lain.

Kini, saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif Kolej Dato’ Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jawatan ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi, malah membuka ruang untuk saya menyumbang dalam pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar di peringkat universiti.

Saya amat berminat untuk menceburi bidang pendidikan secara profesional dengan hasrat untuk meningkatkan potensi diri serta mendidik generasi muda agar menjadi insan yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran yang saya terapkan berasaskan pendekatan student-centred learning, iaitu berfokus kepada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Saya mengutamakan kaedah interaktif dan holistik dengan menggabungkan ceramah, perbincangan kumpulan, pembelajaran berasaskan projek, serta penggunaan teknologi pendidikan seperti bahan visual dan digital. Selain itu, saya menekankan pendekatan differentiated instruction bagi menyesuaikan gaya pengajaran mengikut tahap kefahaman dan keperluan pelajar. Melalui kaedah ini, saya berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, serta mampu menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan reflektif.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Darjah 5 Tadika
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK Ulum syariah - Akidah
Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5