Saya Cikgu Anis. Saya merupakan seorang jurutera dan masih bekerja dalam industri getah di sebuah kilang sarung tangan. Saya merupakan seorang yang berdedikasi sebagai seorang tutor. Pernah mengajar anak sedara di rumah untuk memenuhi masa di rumah dan menimba pengalaman dalam mengajar. Subjek matematik merupakan subjek kesukaan saya dan saya yakin dapat mengajar dengan baik dan menyampaikan ilmu dengan penuh dedikasi. Nak anak skor dalam subjek matematik, boleh hubungi saya!!
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.