Profile Picture

Nurain Nasuha *******

Diploma / Stpm - Early childhood education (KPTM Kota Bharu)

Kota Setar, Kedah

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama yang diberi Nurain Nasuha Binti Mohd Nasir berumur 22 tahun. Saya lahir di Sungai Petani, Kedah dan dibesarkan di Wilayah Perseketuan Putrajaya sehingga pada umur 17 tahun. Setelah menamatkan sesi persekolahan saya berpindah ke Alor Setar, Kedah. Dengan berkat kedua ibu bapa saya melanjutkan pelajaran saya dengan mengambil jurusan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan dari 2019 hingga 2022. Setelah selesai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak saya mencari pengalaman bekerja di AZ EIP Autisme Care Centre di Alor Setar Kedah disitu pelbagai pengalaman dan cabaran dalam dunia pendidikan kanak-kanak khas apa yang saya pelajari.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang lakukan salah satunya ialah penggunaan multimedia dalam pembelajaran. Sebagai contohnya saya menggunakan "Flashcard" dan "Power Point" dapat menarik perhatian murid-murid dalam sesi pembelajaran. Selain itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya pamerkan iaitu teknik latih tubi. Dimana murid-murid membuat pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Hal ini bertujuan mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Di samping itu teknik yang saya gunakan teknik soal jawab merupakan teknik dipakai oleh semua pengajar. Teknik ini perlu digunakan kerana dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf Tadika
Membaca B. Inggeris Tadika
Membaca B. Melayu Tadika
Sains Tadika